8 LANGKAH MENGHASILKAN MERINGUE SEMPURNA
Setelah berkali-kali gagal menghasilkan meringue kisses yang sempurna akhirnya saya mendapat solusi yang hebat dari Meringue Girl. 8 steps to perfect meringue kisses membantu saya menghasilkan meringue comel ini dengan penuh kepuasan. Bagi beginners ikutilah steps yang disarankan ini insyallah meringues anda tidak akan mengecewakan anda
https://www.youtube.com/watch?v=5OG6cLUolpU
LANGKAH 1
https://www.youtube.com/watch?v=5OG6cLUolpU
LANGKAH 1
Sukatan atau resipinya saya selalu menggunakan nisbah 1 cawan gula pada 4 biji putih telur atau jika ingin menggunakan gram pastikan nisbah 1:2 maknanya satu putih telur 2 untuk gula contohnya jika kita menggunakan 100 gram putih telur maka gulanya ialah 200 gram.
Putih telur wajib bersih tanpa setitik pun kuning telur, ini perlu dilakukan dengan cermat. Putih telur yang dicemari akan menyebabkan ia gagal untuk naik bertanduk oleh itu penting memastikan mangkok atau pemukul telur bersih dan tidak berminyak. Saya biasanya akan membilas mangkok dan pemukul dengan air limau

Langkah 2
Untuk memastikan gula benar-benar hancur semasa proses memukul kita boleh menggunakan dua kaedah. Satu dengan double boiled gula dengan putih telur sehingga gula benar-benar hancur dan putih telur menjadi panas biasanya double boiled sekitar 8 minit, boleh dirasa dengan jari bila putih telur menjadi lincin dan tidak berbiji
Kaedah kedua ialah kaedah yang digunakan oleh Meringue Girls di mana putih telur dipukul serentak dengan pembakaran gula. Gula dibakar pada suhu 200 c selama 7 minit
Courtesy of Google |
Langkah 3
Pukul putih telur sehingga bertanduk dan berkilat seperti digambar
Langkah 4
Jika kita menggunakan kaedah membakar gula maka masukan gula sedikit demi sedikit sehingga putih telur menjadi bertanduk dan berkilat

Langkah 5
Mewarnakan meringue - video di bawah membantu anda bagaimana untuk mewarnakan meringue
Langkah 6
Meringue juga boleh dipelbagaikan flavornya, video ini menunjukkan tekniknya
Langkah 7
Bahagian yang paling saya gemari, piping meringue. Ini bergantung kepada kreativiti kita, biasanya saya menggunakan nozzle star tips atau tips biasa
Langkah 8
Meringue dibakar pada suhu yang rendah tetapi lama. Biasanya saya bakar pada suhu 110 c selama satu jam setengah bergantung pada oven.
Alhamdulillah saya telah mempraktikkan 8 langkah ini dan amat berpuashati dengan hasilnya. Kini saya mampu menghasilkan meringue yang comel dengan berbagai warna dan corak.
0 Response to "8 LANGKAH MENGHASILKAN MERINGUE SEMPURNA"
Post a Comment