DELICIOUS CANNELONI BEEF


Sudah lama berhajat hendak membuat cannelloni ini cuma baru sekarang berkesempatan mencubanya. Susah juga hendak mendapatkan pasta shellnya tapi baru ni kebetulan berjumpa kawan di Pubika saya singgah Ben's Grocer so dapat la sekotak. Ini pertama kali saya mencubanya jadi terpaka google youtube. cara membuatnya.

Resipi saya guna resipi spaghetti dan lasagna saya kerana ia lebih kurang samanya dan rasanya juga lebih kurang sama. Sedap dan definitely in my favourite list

Saya sertakan di sini link untuk menyediakan cannelloni ini supaya at least kita can figure it out how to do and assemble nya


https://www.youtube.com/watch?v=kDoGZQvSbL8



Beef Canneloni


  • 8 tiub cannelloni
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 tangkai chop parsley
  • 500 g daging kisar
  • 1 Tbsp olive oil
  1. Tumis bawang besar hingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan
  3. Masukkan daun parsley kacau dan angkata
  4. Sejukan daging seketika kemudian masukkan ke dalam tiub dan ketepikan

Untuk Sosnya

  • 250 gm tomato puri
  • 250 gm sos tomato
  • 2 biji bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji tomato | hiris nipis (saya potong dadu)
  • 1 cawan air 
  • 1 senduk susu segar
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • Oregano atau Italian herbs
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
 
Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
  4. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  5. Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.


Untuk Sos Putih

  • 1⁄4 cup butter
  • 1⁄4 cup tepung gandum
  • 1⁄4 sudu kecil garam
  • 1⁄8 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 cup susu segar atau susu UHT - ada juga pakai krim masakan.
  1. Cairkan mentega didalam kuali
  2. Biar sehingga cair sepenuhnya
  3. Masukkan tepung. Hati-hati jangan hangus
  4. Kacau adunan tepung dalam butter yang cair tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan susu dan kacau lagi sehingga rata.
  6. Kacau sehingga tak berbiji dan masak tepungnya. Tambah garam dan serbuk lada hitam. 

Cara untuk menyiapkan Cannelloni


  1. Panakan oven to 200°C.
  2. Dalam mangkok caserole letakkan separuh sos tomato tadi kemudian susun cannelloni diatasnya
  3. Curahkan baki sos tomato dan white sos
  4. Taburkan keju mozarella dan bakar selama 40-45 minit

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    0 Response to "DELICIOUS CANNELONI BEEF"

    Post a Comment

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel