MINI CHEESECAKE


Cara mudah dan express menyediakan cheese dan yang penting pasti jadi tak perlu takut dan ragu-ragu. Cara ini juga sesuai jika kita mempunyai keluarga kecil, kerana kek tidak akan membazir atu adunan kek ini menghasilkan 12 biji kek, comel dan mudah diuruskan. Jika suka untuk satu adunan ini kita meletakkan berbagai topping pilihan.





Mini Cheese Cake



Bahan utk base :
  • 1 cwn biskut cracker/marie yg dikisar
  • 3 sdb butter dicairkan
  • 2 sdb gula icing
campurkan & gaul rata semua bhn

Bahan untuk cheese cake:

500gm cream cheese (suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 1sdt vanilla
  • 1sdt tepung jagung
  • 150 ml whip cream
 Cara membuat: -
  1. Panaskan oven pada suhu 180 celsius. 
  2. Susun paper cup dalam muffin tray 
  3. Sudukan bahan base ke dalam setiap paper cup dan tekan2 sedikit. 
  4. Simpan dalam peti ais sementara kita buat adunan krim cheese nya pula. 
  5. Putar cream cheese dengan gula hingga sebati. Masuk telur sebiji demi sebiji diikuti dengan vanila. Masukkan tepung jagung putar lagi.
  6. Akhir sekali campurkan whip cream dan putar lagi hingga adunan gebu. 
  7. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam paper cup yg ada biskut tadi bakar selama 20 minit sejukkan dan simpan dalam peti ais selama beberapa jam. 
  8. Hidangkan bersama fruit filling kesukaan anda dan hias dgn buah - buahan .
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.


    0 Response to "MINI CHEESECAKE"

    Post a Comment

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel